Peta minda adalah suatu alat berfikir yang banyak digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.Pengaplikasian peta minda adalah sangat berkesan dalam membantu penggunanya untuk lebih memahami apa yang dibelajar dan ingin dipelajari.Penulis ingin mengulaskan kekuatan dan kelemahan peta minda yang menjadi tanda tanya sekarang ini.
Kekuatan Peta Minda
1)Dapat memfokuskan minda terhadap isi-isi penting sahaja.Hal ini bermakna,individu tidak lagi perlu mencari idea-idea utama apabila mengamalkan peta minda ini.
Kekuatan Peta Minda
1)Dapat memfokuskan minda terhadap isi-isi penting sahaja.Hal ini bermakna,individu tidak lagi perlu mencari idea-idea utama apabila mengamalkan peta minda ini.
2)Membolehkan kedua-dua otak kanan dan
kiri bekerjasama dalam proses memahami maklumat.Hal ini demikian,otak- kiri dan
kanan menjalankan fungsi-fungsi yang berbeza iaitu otak kiri sering dikaitkan
dengan pembelajaran manakala otak kanan lebih memberatkan ke arah kesenian.Oleh
sebab itu,penjanaan kedua-dua belah otak ini menghasilkan pemikiran yang lebih
kritis dan bernas oleh sang pembaca.
3)Dapat menjana idea untu
menghuraikan isi dengan lebih lanjut.Susun atur ataupun reka letak isi dalam
peta minda dapat menjana idea yang lebih banyaka selain dapat memupuk disiplin
minda.Disiplin minda yang dimaksudkan di sini adalah,menajamkan pemikiran untuk
memikirkan perkara yang perlu difokuskan sahaja tanpa perlu melibatkan perkara
yang lain.
4)Mengukuhkan ingatan
terhadap isi-si penting yang telah disenaraikan.Sehubungan dengan
itu,penggunaan hanya kata kunci sahaja tanpa huraian yang panjang dalam peta
minda membantu memori pembaca untuk mengingati apa yang telah dibaca.
5)Dapat menjimatkan masa mereka dalam
memastikan segala isi-isi dapat dikeluarkan
6)Memberikan strategi belajar
yang berkesan kepada individu.
Kelemahan Peta Minda
1)Huraian yang ringkas dan hanya kata kunci yang
digunakan merupakan suatu kelebihan bagi individu yang bijak dan cerdas.Namun
bagi individu yang kurang berkelebihan dalam pembelajaran tidak dapat memahami
konsep yang ingin dibawa oleh peta minda ini.Disinilah terbukti kelemahan peta
minda kerana tanpa ayat yang lengkap isi tidak dapat disampaikan dengan
berkesan.Malah mungkin memudaratkan individu itu sendiri seperti apabila ingin
membaca kembali nota-nota yang telah dibuat ketika peperiksaan.Individu akan
mengalami masalah apabila tidak memahami apa yang ditulis olehnya.
2)Kelemahannya juga dapat dilihat daripada sudut had umur.Jika para pendidik yang gemar menggunakan peta minda dalam pengajaran mereka dan para pelajar pula terdiri daripada tahap satu.Penulis rasakan sangatlah tidak sesuai kerana kanak-kanak tidak mampu memahami teks yang ingin disampaikan oleh guru mereka kerana teks yang ringkas.Masalah ini juga berpunca daripada teks yang ringkas.
2)Kelemahannya juga dapat dilihat daripada sudut had umur.Jika para pendidik yang gemar menggunakan peta minda dalam pengajaran mereka dan para pelajar pula terdiri daripada tahap satu.Penulis rasakan sangatlah tidak sesuai kerana kanak-kanak tidak mampu memahami teks yang ingin disampaikan oleh guru mereka kerana teks yang ringkas.Masalah ini juga berpunca daripada teks yang ringkas.
3)Penerapan peta minda akan mengurangkan latihan terhadap tangan untukmenulis dengan lebih lama.Oleh sebab peta minda hanya memerlukan kata kunci dan
ayat ringkas sahaja.Namun,jika tangan sudah dilatih untuk menulis ayat yang
lengkap,maka latihan kepada tangan untuk menulis dengan lebih lama tidak
menjadi masalah.
Rumusan
Peta minda merupakan suatu teknik untuk memudahkan lagi sesuatu kerja terutamanya dalam pembelajaran.Malahan,melalui peta minda,individu itu dapat melihat kemampuan dirinya yang sebenar.Penulis berharap individu yang masih tidak mempraktikkan penggunaan peta minda ini untuk mengamalkannya di masa hadapan.
Comments
Post a Comment